mcmc
Maklumat Am

MAKLUMAT AM

KAWASAN KAMPUNG SG KOROK

Kawasan Kampung Sg. Korok , Mukim Padang Kerbau disediakan untuk memberi maklumat tentang latar belakang kawasan, penduduk, dan kemudahan yang ada disekitar Kampung Sungai Korok bagi membantu kecemerlangan perkhidmatan Pusat Internet, agar terus maju dan berkembang. Secara amnya skop tugasan yang diberikan hanya merangkumi sekitar Pusat Internet.

 

LOKASI KAMPUNG SG KOROK

Kampung Sungai Korok merupakan sebuah kampung kecil yang terletak di daerah pendang. Kampung ini terletak di dalam Mukim Padang Kerbau dan Mukim Padang Kerbau terletak di utara Mukim Padang Peliang bersempadan di sebelah baratnya Mukim Rambai, Mukim Tobiar dan Mukim Guar Kepayang. Manakala di sebelah timurnya pula ialah Mukim Tekai di dalan Daerah Padang Terap. Luas Mukim Padang Kerbau ialah 104.9km persegi bersamaan 10,916 hektar. Mukim Padang Kerbau terdapat 23 buah Kampung dan mempunyai bilangan 14 JKK dan 23 JKKP.

 

 Gambar: Peta lokasi Kampung Sungai Korok