1. Celik IT
NAMA :MUHAMMAD SYAFIQ AKRAM BIN MOHD ZUBIR UMUR : 8 TAHUN AHLI : 2022
|
Latar belakang
Muhammad Syafiq Akram Bin Mohd Zubir merupakan pelajar Tahun 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang , Mukim Rambai, Pendang,Kedah dan beliau ingin memahirkan diri didalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi)dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yangdianjurkan oleh PEDi.Beliau telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.Kelas pertama yang diikuti oleh Muhammad Syafiq ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara
untuk mencari maklumat yang diperlukandi dalam enjin carian seperti Google. Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Pembelajaran.Muhammad Syafiq meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi sepertikelas Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slide persembahan untuk pembentangan.Muhammad Syafiq merasa terus bersemangat untuk belajar komputer kerana beliau dengan mudah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru apabila mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint dan laman web e-pembelajaran.