Tarikh : 18 April 2024
Masa : 9:30 Pagi – 12:30 Tengah Hari Lokasi : NADI Kg Paya Mengkuang Peserta : 30 Orang |
Tujuan
Program Nadi Bersama Tabika Kemas Kg Paya Mengkuang merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat kepada kanak-kanak prasekolah, keluarga, serta komuniti tempatan di Kampung Paya Mengkuang.Program ini berusaha untuk menyokong pembangunan kemahiran prasekolah seperti kognitif, sosial, emosi, dan fizikal dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti yang disusun bertujuan untuk merangsang perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai bidang seperti bahasa, kreativiti, motor halus, dan lain-lain.
Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Soft skill: Kemahiran Membaca
2. E Learning (Penggunaan Tablet)
i: Aplikasi ABC dan 123
ii: Puzzle Games
3. STEM Mencipta Caterpillar Craft