CELIK ICT – NUR ADELIA AMMARA BINTI FAZRUL
Nama : Nur Adelia Ammara Binti Fazrul Umur : 10 Tahun Ahli : 2023 |
Latar belakang
Nur Adelia Ammara Binti Fazrul merupakan pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang Kedah. Ammara mula melibatkan diri dengan program NADI apabila beliau mengikuti e-tuisyen yang dianjurkan oleh MSD Digital Intelligence. Program e-tuisyen ini terbuka kepada semua komuniti NADI dan ammara telah mengambil peluang ini untuk belajar secara atas talian bagi beberapa matapelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui kelas e-tuisyen ini, beliau diajar secara mendalam topik-topik yang turut diajar di sekolah.
Beliau turut diajar menggunakan aplikasi kuiz secara online seperti Quizizz. Kuiz online ini sangat membantu ammara untuk lebih lagi memahami apa yang diajar oleh cikgu. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana kaedah yang digunakan oleh tenaga pengajar adalah pelbagai. Jika sebelum ini beliau hanya tahu belajar melalui buku sahaja, kini ammara telah mahir menggunakan aplikasi pembelajaran atas talian. Penglibatan beliau didalam aktiviti di NADI turut memberi kelebihan kepadanya kerana selain mengikuti kelas e-tuisyen, petugas NADI turut mengajar ammara asas-asas menggunakan Microsoft office. Beliau diajar menggunakan Microsoft office word yang mana sangat membantu untuk kelas e-tuisyen beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas-kelas di NADI, Ammara kurang mahir menggunakan komputer, beliau lebih banyak menggunakan buku-buku untuk belajar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini setelah mengkuti pembelajaran secara atas talian di NADI, beliau telah mahir menggukanan pelbagai aplikasi pembelajaran secara atas talian.