TUJUAN:
Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memberikan ceramah berkaitan “Klik Dengan Bijak”. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan panduan tentang etika dan panduan dalam melayari internet untuk mengurangkan risiko-risiko yang sering dihadapi ketika melayari laman sesawang. Antara aspek yang paling ditekankan adalah supaya pelajar tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali dan menjaga keperibadian ketika melayari internet. Ibu bapa juga disarankan supaya memantau pergerakan anak-anak dan mengambil tahu dengan siapa mereka bergaul supya dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar.
.
ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1- Ceramah Klik Dengan Bijak
2- Mempromosikan Keahlian PI1M
3- Permainan Dam Ict
4- Merdeka hunt
5- Kuiz KDB
.
RUMUSAN PROGRAM:
Program ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dan mempromosikan kelebihan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia kepada para pelajar, guru-guru dan komuniti setempat yang hadir pada program tersebut.