TUJUAN:
Kelas santai microsoft word ni di jalankan bagi pelajar sekolah rendah bagi meningkatkan tahap kemahiran pelajar menggunakan komputer terutamanya microsoft word dalam menyiapkan folio dan kerja sekolah.
.
ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1) Sesi penerangan kepentingan kemahiran komputer pada masa kini
2) Sesi praktikal menggunakan microsoft word
3) Sesi Q & A
.
RUMUSAN PROGRAM:
Kelas santai ini dapat menggalakkan para pelajar untuk belajar dan melibatkan diri dalam kelas-kelas yang dijalankan di PI1M. Ini adalah kerana kebanyakkan pelajar tidak mempunyai keyakinan dan malu untuk hadir dan menggunakan komputer dengan alasan tidak pandai. Oleh itu, kelas secara santai ini dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran para peserta.