mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 – 2024 – CELIK ICT – NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD FARID

CELIK ICT – NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD FARID

Nama    : Nur Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Farid

Umur   : 10 Tahun 

Ahli      : 2018

 

Latar belakang

Nur Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Farid merupakan pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pokok Asam, Pendang Kedah dan beliau sangat berminat untuk belajar menggunakan komputer. Beliau telah datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan petugas telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh NADI. Kelas dan latihan ini dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer. Untuk permulaan, petugas memberi tunjuk ajar tentang Asas Komputer dan Internet. Adawiyah meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti kelas Microsoft Office Word dan PowerPoint.

Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari caracara untuk membuat slide persembahan untuk pembentangan. Adawiyah merasa terus bersemangat untuk belajar komputer kerana beliau dengan mudah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru apabila mahir menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Petugas turut mengajar beliau menggunakan aplikasi E-Pembelajaran supaya Adawiyah dapat mempelbagaikan kaedah belajar. Dengan menggunakan aplikasi E-Pembelajaran, beliau semakin berminat untuk belajar kerana dalam e-pembalajaran terdapat banyak aplikasi menarik seperti kuiz, video dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, Adawiyah telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint, dan laman web E-pembelajaran.