mcmc
Persatuan Wanita

PERSATUAN WANITA

Terdapat projek Amanah Ikhtiar di kampong ini yang disertai oleh golongan wanita yang diadakan pada setiap hari Selasa di dewan belakang Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Sungai Korok. Projek ini membolehkan mereka meminjam wang daripada Amanah Ikhtiar untuk memulakan atau membesarkan perniagaan mereka. Pinjaman ini bergantung dengan tahap yang mampu dibayar oleh setiap peserta.

Seseorang guru dari Amanah Ikhtiar akan ditugaskan untuk mengutip wang oleh para peserta setiap kali perjumpaan mereka. Apabila wang diterima guru ini akan sentiasa mengawasi dan membimbing peserta tersebut untuk menggunakan wang mereka.Terdapat juga golongan wanita yang tidak menyertai Amanah Ikhtiar membuat perniagaan secara kecil-kecilan seperti berniaga kuih – muih, nasi sarapan pagi,menjual air kelapa dan berniaga laksa  untuk meneruskan kelangsungan hidup.