mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Q4 2018

LATAR BELAKANG

Annis Syazwanee merupakan seorang pelajar tingkatan 5 sekolah Menengah Kubur Panjang. Annis merupakan seorang pelajar yang pandai dalam pelajaran tetapi tidak mahir dalam dunia ict. Beliau juga seorang yang pemalu dan kurang keyakinan diri terutama apabila pertama kali diminta petugas untuk menggunakan komputer. 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah petugas menyemak dalam sistem, didapati bahawa beliau telah mendaftar menjadi ahli PI sejak tahun 2010 lagi tetapi mengikut rekod beliau sangat jarang berkunjung ke PI jika tidak mempunyai urusan yang betul-betul penting. Beliau juga mengakui nya dan mula datang kerana perlu menyiapkan kerja kursusnya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Oleh kerana beliau tidak mahir dalam ict, petugas telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kelas secara persendirian untuk nya selama hampir 3 jam supaya beliau boleh lebih fokus dalam pembelajaran tanpa rasa segan silu. Annis telah didedahkan dengan asas teknologi serta asas pengenalan komputer. Beliau diajar tentang asas-asas yang penting yang perlu dia ketahui. Di samping itu, beliau juga telah mendapat tunjuk ajar daripada petugas mengenai cara penggunaan microsoft office word  bagi menyiapkan kerja kursus dan kelebihan untuk nya kelak jika ingin memohon pekerjaan seperti membuat resume dan sebagainya. Setelah tamat kelas hampir 3 jam tersebut, annis kini lebih bertambah keyakinan untuk menggunakan komputer dan lebih tenang menyiapkan tugasan nya.