LATAR BELAKANG
Puan Nurasmahan merupakan seorang ibu anak satu yang berumur 31 tahun. Beliau juga merupakan seorang pekerja di dalam sektor swasta.
.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Sebelum penglibatan PI, beliau mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer namun kurang mahir dalam menggunakan media sosial sebagai platfom untuk nya mempromosikan dan memasarkan produk perniagaan nya di laman sesawang seperti facebook dan instagram.
.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengetahui Pusat Internet ada menawarkan kelas keusahawanan bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan, beliau terus datang bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan. Antara kelas keuasahawanan yang telah dihadiri oleh beliau ialah kelas media baru dan kelas asas komputer. Beliau telah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada petugas tentang cara mempromosikan produk perniagaannya terutamanya pemasaran secara atas talian adalah sangat ditekankan. Hal ini kerana, pada masa kini untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan, pemasaran melalui media sosial seperti facebook dan instagram sangat penting. Setelah beliau mempraktiskan segala ilmu yang dipelajari, alhamdulilah terdapat peningkatan dari segi jumlah pelanggan dan pendapatannya. Ini secara tidak langsung telah menbantu meningkatkan taraf ekonomi keluarganya.