LATAR BELAKANG
Mohd Zarief Haikal merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kubur Panjang.
.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Beliau sering kali datang ke Pusat Internet untuk menonton ‘youtube’ semata-mata dan tidak mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer terutamanya bagi membuat sesuatu pekerjaan atau kerja sekolah. Namun begitu, setelah masuk ke sekolah menengah, kemahiran menggunakan komputer semakin penting.
.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mula menyedari akan kepentingan kemahiran komputer kerana perlu membuat kerja kursus dan sebagainya, beliau mula berminat untuk mengikuti kelas yang ditawarkan di Pusat Internet. Oleh itu, antara kelas yang beliau telah ikuti ialah kelas asas teknologi dan kelas asas komputer. Kini beliau telah mahir menggunakan komputer terutamanya perisian microsoft office words bagi membuat kerja kursusnya. Beliau juga kini lebih pandai menggunakan internet bagi mencari maklumat berkaitan pelajaran.