LATAR BELAKANG
Ahmad Ariff berumur 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah kubur panjang. Namun begitu, walupun sudah bersekolah menengah beliau tidak mahir dalam menggunakan komputer.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Pada awalnya, petugas tidak mengetahui beliau tidak pandai menggunakan komputer kerana kebiasaanya beliau datang hanya bermain youtube. Namun, setelah beliau mendapat tugasan kerja kursus baru lah petugas sedar bahawa beliau tidak mahir menggunakan komputer. Mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer tetapi tidak pandai menggunakan enjin carian di internet dan tak tahu menggunakan Microsoft Office word dengan baik bagi menyelesaikan tugasan nya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Oleh itu, petugas telah menyarankan nya mengikuti kelas asas pengenalan teknologi dan pengenalan komputer yang dianjurkan oleh petugas untuk nya selama hampir 4 jam. Setelah tamat kelas, beliau kini telah mampu menggunakan enjin carian dengan baik, pandai menggunakan microsoft office word dan juga telah mempunyai akaun emel, facebook dan instagram milik nya sendiri. Oleh itu, beliau telah mampu menyelesaikan kerja kursus yang diberikan guru nya dengan baik walaupun tanpa pantauan daripada petugas.