LATAR BELAKANG
Rabiatul adawiyah yang berumur 17 tahun merupakan seorang pelajar tingkatan 5 namun beliau tidak mahir menggunakan komputer. Mengikut maklumat yang didaftarkan di dalam sistem, Rabiatul telah menjadi ahli Pusat Internet sejak tahun 2010 lagi tapi sangat jarang ke sini bagi mengikuti aktiviti atau kelas yang dianjurkan di Pusat Internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Beliau yang sangat jarang bekunjung ke Pusat Internet jika tiada urusan penting baginya merupakan seorang yang pemalu dan kurang keyakinan diri terutamanya untuk menggunakan komputer. Hal ini telah menyebabkan beliau kurang mendedahkan diri dengan teknologi. Namun begitu, kerana menyedari kepentingan dunia ICT pada masa kini dalam urusan pendidikan nya kini dan akan datang beliau telah hadir ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengikuti kelas persendirian bersama petugas selama hampir 3 jam, Rabiatul telah diajar tentang asas-asas teknologi serta asas pengenalan komputer. Beliau juga telah mendapat tunjuk ajar daripada petugas mengenai penggunaan Microsoft office word bagi memudahkan nya kelak jika ingin menaip surat atau menyiapkan sebarang urusan nya kelak. Kini, beliau kelihatan lebih berkeyakinan jika datang ke PI untuk menggunakan komputer dan internet tanpa pemantauan daripada petugas dalam menyiapkan tugasan nya. Beliau sangat berterima kasih kepada Pusat Internet kerana telah membantu mengajarnya menambah ilmu berkaitan ICT dan komputer.