Pada 6 Mei 2016, jam 8.00 pagi – 3.00 petang telah berlangsungnya Hari Promosi Dashboard & KDB sempena Hari Kayuhan Sg.tiang. Program ini telah berlangsung di Felda Sg.tiang dan dihadiri hampir 300 peserta. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan masyarakat setempat supaya mengamalkan gaya hidup sihat disamping mempromosikan dashboard & KDB. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah kayuhan & senam aerobik, taklimat dashboard & KDB serta pemeriksaan kesihatan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Suraya Binti Yaacob yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sg.Tiang serta merangkap Exco Negeri KEdah.