Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Sungai Korok boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti Dewan Orang Ramai, jalanraya berturap, Masjid, Wat Siam turut terdapat di Kampung Sungai Korok.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Pendang dan Pekan Pokok Sena.
Masjid Kg. Pulau Tengah, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah Darul Aman
Watt Siam Kg Titi Akar
