mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2017

KISAH KEJAYAAN Q4

LATAR BELAKANG

Puan Sopiah Bt Abdullah berumur 29 tahun dan merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Walaupun sudah berkahwin kerana minat yang tinggi dalam bidang perniagaan tidak menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bermula sebagai dropship dan agen baju kanak-kanak kini Puan Sopiah telah menceburkan diri dalam dunia bakeri.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum diperkenalkan dengan kemudahan ICT di pi1m, Puan Sopiah telah mahir menggunakan ICT tetapi kurang ilmu atau pendedahan pengetahuan dalam bidang pemasaran. Kebanyakkan pelanggan hanyalah dari kenalan-kenalan rapat dan penduduk kampung berhampiran.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Puan Sopiah telah diberi tunjuk ajar tentang pemasaran  terutamanya pemasaran dari segi atas talian. Beliau diajar untuk memanfaatkan kemudahan ‘facebook’ dalam dunia perniagaan dan kepentingan melibatkan perniagaan dalam dunia digital seperti instagram, facebook page. Beliau turut diberi kemudahan untuk memanfaatkan kemudahan dashboard myshop supaya lebih ramai yang mengetahui akan kewujudan perniagaan nya dalam pasaran.

 

 

KISAH KEJAYAAN Q3

LATAR BELAKANG 

Mohd syafizul pada mulanya hanyalah merupakan seorang penoreh getah. Disebabkan tekanan hidup dan harga pasaran getah yang turun naik beliau memilih untuk berjinak-jinak diri dalam dunia perniagaan peternakan itik telur bagi meningkatkan jumlah pendapatan beliau.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum beliau menjadi ahli pi1m beliau tidak mempunyai asas dalam menggunakan media sosial. Beliau juga hanya menjalankan perniagaan mulut ke mulut dan dalam lingkungan komuniti setempat sahaja. Hasil pendapatan yang diperoleh juga hanya cukup-cukup makan sahaja.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli pi1m dan mengikuti kelas yang disarankan, beliau lebih terdedah kepada cara membuat pemasaran secara online melalui Dashboard, instagram dan facebook page. Beliau juga diberi pendedahan akan agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan geran pinjaman seperti risda, pejabat zakat dan dan tekun sekiranya ingin mengembangkan lagi perniagaan nya.

 

 

KISAH KEJAYAAN Q2

LATAR BELAKANG

Usahawan kali ini juga merupakan seorang surirumah muda yang mempunyai seorang anak. Mula terlibat dengan dunia perniagaan kerana bosan hanya duduk di rumah dengan tugasan harian yang sama tanpa lakukan sesuatu yang dapat memberi duit poket lebih kepada dirinya. Mula terlibat dalam dunia perniagaan emas hasil daripada kenalan nya. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum menjadi ahli pi1m beliau telah mempromosikan bisnes emas nya melalui instagram dan facebook profil sahaja. Beliau juga mejalankan promosi tanpa mempunyai cara atau matlamat yang jelas akan pelanggan sasarannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah penglibatan pi1m, beliau kini telah mempunyai facebook page yang khusus untuk tujuan perniagaan nya sahaja. Beliau juga didedahkan cara sekiranya ingin menjalankan iklan menggunakan facebook ads dengan betul supaya tidak melebur duit yang dilaburnya. Produk beliau juga kini telah dimasukkan dalam dashboard myshop supaya lebih ramai yang mengetahui kewujudan bisnes emas nya dalam pasaran. Hasil perdedahan ict dalam perniaagan nya kini lebih dikenali dan memberi lebih pulangan daripada sebelumnya.

 

 

KISAH KEJAYAAN Q1

LATAR BELAKANG

Mohd adi merupakan seorang kakitangan awam yang mmelibatkan diri dalam perniagaan perfume dan pencuci baju dengan jenama Top 5. Mempunyai pengetahuan dalam bidang ict dan keusahawanan. Mula melibatkan diri dalam perniagaan untuk meningkatkan jumlah pendapatan nya bagi mendapatkan kehidupan lebih baik.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum terlibat dengan aktiviti di pi1m beliau hanya promosikan bisnesnya melalui kenalan tempat kerjanya dan di akaun facebook miliknya. Beliau turut menjalankan promosi perniagaan mulut ke mulut.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah terlibat dalam aktiviti pi1m, beliau turut melibatkan diri sekiranya pi1m membuat program sebagai cara promosikan produknya. Produk nya juga telah dimasukkan dalam dashboard myshop sebagai salah satu medium pemasaran. Promosi atas talian yang digunakan juga kini lebih berstruktur kerana mengetahui target sasaran pelanggan nya. Hasilnya kini pendapatan yang diperoleh hasil penglibatan pi1m lebih tinggi berbanding sebelumnya.