mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q3 (i) 2018

LATAR BELAKANG

Puan mona darmina che mansor merupakan seorang surirumah sepenuh masa setelah berkahwin. Namun akibat kos hidup yang semakin mencabar beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan bagi menambah pendapatan keluarganya sebagai usahawan dropship. Peniagaan ini dipilih oleh nya kerana tidak memerlukan modal yang besar disamping risiko kerugian yang sangat rendah kerana beliau yang tiada asas dalam dunia perniagaan.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penglibatan PI atau penggunaan kemudahan ICT di PI Puan mona menjalankan perniagaan dropship nya hanya dikalangan penduduk kampung setempat sahaja seperti kepada kawan-kawan, adik-beradik dan jiran tetangga. Pada awal nya perniagaan nya mendapat sambutan yang agak baik, namun  setelah lama-kelamaan perniagaannya semakin merosot dan tidak meningkat kerana kawasan jualan nya sangat terhad dan kecil. Beliau juga tidak mempunyai pengetahuan bagi menggunakan media sosial sebagai platfom untuk mengembangkan perniagaannya supaya lebih ramai orang yang tahu akan produk yang dijual oleh beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah beliau mengetahui bahawa di PI ada menawarkan kelas keusahawanan seperti kelas media sosial facebook dan lain-lain bagi usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan, beliau telah datang ke PI dan bertanya kepada petugas cara untuk menyertai kelas tersebut. Setelah mendapat penerangan yang jelas dari petugas, beliau merasakan sangat teruja untuk memasarkan produknya secara atas talian kerana jumlah sasaran pelanggan yang lebih besar dan lebih strategik. Setelah itu, beliau telah menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan seperti kelas asas microsoft office word dan kelas asas media sosial untuk usahawan. Kini beliau begitu aktif mempromosikan produknya di ‘facebook’. Beliau juga sangat gembira kerana jumlah pendapatan bulanan nya juga semakin meningkat dan berterima kasih kepada Pusat Internet kerana telah membuka mata beliau akan kepentingan dunia ICT pada masa kini terutama bagi usahawan-usahawan kampung sepertinya.