1. Celik IT
NAMA : MAZRINA BINTI MAZLAN UMUR : 19 TAHUN AHLI : 2022
|
Latar belakang
Mazrina merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Kubur Panjang, Pendang Kedah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke PEDi dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau telah mengikuti kelas membina resume dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.
Kelas pertama yang diikuti oleh Mazrina ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk membina resume bagi memudahkan beliau memohon pekerjaan kelak. Antara aktiviti yang dijalankan ialahmencari bahan laman web yang berkaitan dengan resume. Selain itu, Mazrina juga didedahkan dengan kemahiran menaip kerana ianya sangat membantu untuk membuat
resume. Beliau turut diajar cara untuk memasukkan gambar yang bersesuaian dengan format resume.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Microsoft Office Word beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi yang terdapat didalam komputer.
2. USAHAWAN GUMPASTE
NAMA : Shahidah Binti Zainol UMUR : 24 TAHUN AHLI : 2022
|
Latar belakang
Puan Shahidah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan ingin menambah pendapatan sampingan untuk menolong suami bagi menyara anak-anak dengan menjual pelbagai jenis bunga gumpaste. Produk Gumpaste digunakan untuk membentuk bunga dan figurine yang biasanya di guna untuk hiasan pada kek dan kek cawan. Puan Shahida mula mengetahui tentang produk gumpaste daripada kakak beliau.
Beliau melihat produk gumpaste ini boleh berkembang, dan membuat keputusan untuk belajar daripada kakak beliau cara-cara membuat produk gumpaste. Melalui kemahiran yang diperoleh, membolehkan beliau menjual hasil kerja beliau di platform media sosial.Beliau telah menjual atau mempromosikan produk bunga gumpaste melalui Facebook dan Whatsapp.Walaupun begitu, Puan Shahidah sedar akan penjualan secara atas talian
sangat membantu memasarkan produk beliau dengan cara yang mudah.
Dengan itu,beliau mengambil inisiatif untuk mencari dan menambah ilmu di PEDi Sungai Korok bagi mempelajari cara perniagaan secara atas talian dengan lebih mendalam menggunakan platform perniagaan yang betul di Facebook, Shopee, Whatsapp dan lain-lain. Puan Shahidah telah menyertai kelas yang diadakan oleh PEDi bagi mendapatkan ilmu dan menambahkan ilmu tentang bidang perniagaan di atas talian. Beliau mengikuti Latihan
Keusahawanan dengan mempelajari cara mempromosikan produknya di media sosial.Selain itu, beliau juga dibimbing petugas PEDi tentang langkah untuk menambahbaik iklan dan sistem pembayaran yang dikenakan seperti di Facebook dan Shopee. Dengan ini, Puan Shahidah berharap produknya akan mendapat liputan yang lebih meluas. Kini,berkat hasil jualan secara atas talian yang lebih sistematik, beliau dapat menambah
pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Puan Shahidah hanya menggunakan telefon pintar untuk mempromosikan produknya melalui aplikasi WhatsApp dan status di Facebook. Perniagaannya lebih kepada skop kawasan sekitar atau kenalan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bagi memenuhi keiniginan beliau untuk meluaskan pasaran produknya, Puan Shahidah telah menyertai Latihan Keusahawanan yang dianjurkan di PEDi. Beliau telah berjaya mempromosikan produknya di dalam faceboo, Whatsapp, Shopee dan lain-lain. Dengan adanya medium seperti ini, produk keluaran beliau semakin dikenali orang ramai.