mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PEDi SUNGAI KOROK SUKU KEEMPAT 2021

1. Celik IT

NAMA    : NUR ALIA BINTI CHE AHMAD ROSIDI

UMUR   : 17 TAHUN 

AHLI      : 2020

Latar belakang

Nur Alia merupakan pelajar Tingkatan 5 di SMK Kubur Panjang, Pendang Kedah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Internet dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer.

Kelas pertama yang diikuti oleh Alia ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google. Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Pembelajaran.

Alia meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan. Alia merasa terus bersemangat untuk belajar komputer kerana beliau dengan mudah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru apabila mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak  mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint dan laman web e-pembelajaran.