mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN NADI SUNGAI KOROK SUKU KETIGA 2023

1. USAHAWAN MANISAN KOKTAIL

NAMA    : NADIRA HANIM BINTI MORAD

UMUR   : 33 TAHUN 

AHLI      : 2012

Latar belakang

Puan Hanim menjalankan perniagaan dengn menjual produk makanan iaitu koktail. Puan Hanim merupakan seorang seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Keadaan ekonomi yang tidak menentu, membuatkan beliau berusaha untuk menambah pendapat. Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan jualan produk koktail beliau sentiasa meningkat dan memenuhi permintaan pembeli.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Puan Hanim tidak menggunakan platform Facebook, Instagram dan WhatsApp untuk mengiklankan perniagaan beliau. Beliau hanya memasarkan produk melalui kawan-kawan dan penduduk sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila beliau mengetahui PEDi Kampung Sungai Korok menawarkan kursus pemasaran atas talian, beliau segera datang ke PEDi untuk belajar dengan lebih mendalam. Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di PEDi, beliau menjadikan PEDi sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PEDi sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau sangat aktif mempromosikan produk koktail beliau di rangkaian media sosial seperti di Facebook, Instagram, dan WhatsApp. Beliau juga menjadikan PEDi sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PEDi banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.

 


 

2. Celik IT

NAMA    : NURUL AFIQAH BT MOHD ZAMRI

UMUR   : 20 TAHUN 

AHLI      : 2012

Latar belakang

Afiqah merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Kubur Panjang, Pendang Kedah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer kerana ingin mencari pekerjaan. Beliau telah berkunjung ke PEDi dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau telah mengikuti kelas latihan yang dapat membantu beliau mencari kerja dan memahirkan diri di dalam bidang komputer. Kelas pertama yang diikuti oleh Afiqah ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencari bahan laman web yang berkaitan dengan dunia pekerjaan. Selain itu, Afiqah juga didedahkan dengan kemahiran menaip kerana ianya sangat membantu apabila bekerja kelak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Microsoft Office Word beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi yang terdapat didalam komputer.