1. Celik IT
NAMA : REDZUAN BIN MAT UMUR : 43 TAHUN AHLI : 2021
|
Latar belakang
Encik Redzuan merupakan seorang pekerja dalam sektor swasta dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau mendaftar sebagai ahli dan telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer. Kelas pertama yang diikuti oleh En. Redzua ialah Kelas Asas Komputer dan Internet.Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google.
En. Redzuan kemudian mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slaid persembahan untuk pembentangan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan PowerPoint.