1. USAHAWAN BISKUT RAYA
NAMA : ROHANI BINTI HUSAIN UMUR : 52 TAHUN AHLI : 2022
|
Latar belakang
Puan Rohani Binti Husain menjalankan perniagaan atas talian dengn menjual produk bakeri. Puan Rohani merupakan seorang balu dan mencari rezeki untuk menampung kehidupan dengan menjual biskut raya. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan beliau seperti Facebook, dan WhatsApp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi), Puan Rohani hanya menggunakan platform Facebook, dan WhatsApp untuk mengiklankan perniagaan beliau. Beliau hanya mempelajari sendiri kaedah pemasaran tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila beliau mengetahui PEDi Sungai Korok menawarkan kursus pemasaran atas talian, beliau segera datang ke PEDi untuk mendaftar sebagai ahli pusat internet. Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di PEDi, beliau menjadikan PEDi sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan PEDi sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan edagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform shopee yang mana beliau telah mempelajari asas perniagaan shopee di PEDi Sungai Korok. Beliau juga menjadikan PEDi sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana PEDi banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.
2. Celik IT
NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMMAD BADRI UMUR : 15 TAHUN AHLI : 2023
|
Latar belakang
Muhammad Haziq Bin Muhammad Badri merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang Kedah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan petugas telah mengsyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PEDi. Beliau telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer. Kelas pertama yang diikuti oleh Haziq ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti Google.
Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Pembelajaran. Haziq meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slide persembahan untuk pembentangan. Haziq merasa terus bersemangat untuk belajar komputer kerana beliau dengan mudah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru apabila mahir menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer. Petugas turut mengajar beliau menggunakan aplikasi Canva yang semakin popular sekarang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint, laman web e-pembelajaran dan Canva.