mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 2018

KISAH KEJAYAAN Q2

LATAR BELAKANG

Shahidatul adha merupakan seorang surirumah sepenuh masa sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Beliau yang mempunyai dua orang cahaya mata mulai merasai bahawa kewangan mereka kian mencabar jika beliau hanya bergantung pada pendapatan suaminya sahaja. Oleh itu, kerana ilmu dan pengalaman yang kurang bagi mengelakkan kerugian dalam bisnes beliau telah cuba memulakan perniagaan sebagai dropship yang tidak memerlukan modal yang tinggi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Beliau mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai akaun laman social. Beliau juga tidak terlalu mahir dalam penggunaan ict. Beliau yang telah berkahwin pada usia yang agak muda sebelum ini tidak mendapat terlalu banyak pendedahan mengenai kepentingan media sosial kini terutamanya dalam dunia perniagaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Beliau telah hadir ke PI untuk mendapatkan tunjuk ajar serta bimbingan nasihat untuk memulakan perniagaan atas talian. Dengan ilmu komputer yang terhad, beliau menghadiri kelas asas pengenalan teknologi dan pengenalan komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sg.Korok selama 4 jam. Sekarang beliau mampu menngunakan enjin carian dengan baik dan mempunyai akaun Facebook serta Instagram dan kini bergiat aktif menjadi dropship kepada beberapa produk.

 

 

KISAH KEJAYAANQ1

Nurul suwaibaton asiah yang berumur 28 tahun merupakan seorang kakitangan swasta yang mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT dan keusahawanan. Beliau yang menjalankan perniagaan ‘makeup dan mobile spa’ menjalankan perniagaan dengan bergerak dari satu rumah pelanggan ke satu rumah pelanggan yang lain.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum penggunaan ict atau penglibatan dengan pusat internet beliau telah menjalankan pemasaran perniagaan nya melalui media sosial seperti facebook yang mana para pelanggan nya merupakan kenalan atau rakan-rakan yang mengenali nya. Oleh kerana beliau merupakan seorang yang berimpian tinggi dalam ingin memajukan perniagaan nya ke peringkat yang lebih tinggi beliau telah datang ke pusat internet untuk mendapatkan pandangan atau pendapat petugas tentang cara yang boleh dilakukan beliau untuk melebarkan sayap perniagaan nya.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Selepas mengetahuinya, beliau mendaftarkan diri menjadi ahli dan mengikuti langkah yang disarankan oleh petugas PI bagi memajukan bisnes beliau.  Beliau juga mengambil peluang mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PI. Setelah itu, beliau turut mengambil peluang mengadakan kelas-kelas yang berkaitan perniagaannya di PI dan mempelawa komuniti setempat untuk mempelajarinya bagi yang berminat untuk tambah duit sampingan.