mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 (i) 2019

LATAR BELAKANG

Puan Zubaidah Yaakob merupakan seorang kakitangan swasta yang pernah bekerja dalam bidang industri. Beliau telah berhenti kerja kerana mengikut suami nya pulang ke kampung. Setelah pulang ke kampung, beliau telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai usahawan makanan seperti durian crepe, burger dan nugget bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Pada awal perniagaan nya, beliau tidak mengetahui bahawa Pusat Internet boleh membantu usahawan sepertinya dalam mengadakan kelas bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu, beliau hanya mempromosikan produknya melalui kenalan terdekat, penduduk kampung dan facebook sahaja sebagai pilihan pemasaran.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah Puan Zubaidah mengetahui PI ada menawarkan kelas-kelas bagi usahawan, beliau terus mendaftarkan diri menjadi ahli PI dan mengikuti langkah yang telah disarankan oleh petugas bagi memajukan dan mengembangkan perniagaan nya. Petugas juga menyarankan beliau supaya menggunakan platfom instagram dan facebook peribadinya itu secara lebih maksimun dengan memuatnaik gambar-gambar yang menarik disamping mempromosikan produk makanan nya di ‘group’ daerah-daerah yang berdekatan. Disamping itu juga, petugas turut menyarankan beliau menggunakan platfom whatsapps business bagi memudahkan nya lagi berhubung dengan pelanggan nya.