mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 (ii) 2019

LATAR BELAKANG

Puan noor Syafiza merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan sebagai dropship dan agen pakaian muslimah bagi membantu menambah pendapatan keluarganya.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah beliau menjadi dropship dan agen pakaian muslimah, beliau menjalankan promosi perniagaan nya melalui mulut ke mulut dan penduduk kampung sekitar. Beliau ada membuat iklan di facebook namun tidak secara konsisten dan teratur. Pendapatan nya juga pada masa kini tidak menentu dan cukup-cukup belanja sahaja.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Namun setelah mengetahui PI ada menawarkan kelas bimbingan bagi usahawan, beliau telah mendaftarkan diri menjadi ahli dan mengikuti langkah yang telah disarankan oleh petugas seperti menghadiri kelas pemantapan ict serta bimbingan melalui group whatsapp untuk memulakan sesuatu perniaagaan. Kini perniagaannya semakin maju dan beliau lebih aktif mempromosikan perniagaan nya di media sosial seperti facebook, facebook group, instagram, wahatsapp group dan daripada mulut ke mulut.