LATAR BELAKANG
Encik Mohd Izzat merupakan seorang pekerja di sektor swasta yang mempunyai minat yang mendalam dalam dunia fotograpi.
.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Pada mulanya, beliau tidak mengetahui bahawa PI ada menawarkan kelas-kelas keusahawanan bagi membantu para usahawan memasarkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengetahui kemudahan yang disediakan di PI, beliau telah mendaftarkan diri menjadi ahli dan mengikuti semua langkah yang telah disarankan oleh petugas bagi mengembangkan perniagaan nya. Beliau juga diajar berkenaan teknik untuk membuat penyuntingan gambar yang cantik dengan perisian betul. Antara kelas yang telah dihadiri oleh beliau ialah Kelas media baru dan Kelas Adobe Photoshop. Di samping itu juga, beliau turut memanfaatkan telefon pintarnya sebagai salah satu medium dalam menjalankan perniagaan nya. Hasilnya kini, perniagaan nya semakin dikenali bukan sahaja di Kedah bahkan juga mendapat permintaan bagi mendapatkan perkhidmatannya diluar Kedah kerana pakej yang ditawarkan sangat mampu milik dan berpatutan.