LATAR BELAKANG
Puan Aliyah Azizan merupakan seorang ibu tunggal muda anak dua. Beliau dan suami telah berpisah pada usianya yang agak muda. Oleh yang demikian, beliau lah yang harus menjadi tulang belakang bagi mencari rezeki untuk menyara dan membesarkan dua orang anaknya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Sebelum penglibatan PI dalam peniagaannya, beliau telah menjalankan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan yang diedar melalui orang perseorangan. Disebabkan kadar keuntungan yang kecil dan terhad kerana perlu memberi komisen kepada orang perseorangan tersebut disamping jumlah permintaan yang tidak menentu setiap bulan menyebabkan beliau ingin belajar cara memasarkan produknya dengan cara yang lebih baik bagi menampung kos perbelanjaan mereka anak beranak setiap hari. Beliau juga tidak mahir menggunakan media sosial seperti ‘facebook’ dan instgram sebagai platfom perniagaan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau menghadiri kursus dan kelas-kelas yang dianjurkan oleh petugas di PI, beliau telah mula memasarkan produknya secara atas talian seperti di ‘Dashboard’ iaitu sebuah platfom yang diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian dan boleh dilihat di seluruh negeri di Malaysia. Di samping itu, beliau juga turut aktif mempromosikan dan menghebohkan produknya di ‘whatsapp group’ dan di ‘facebook’ yang mempunyai potensi pelanggan yang lebih besar. Krisis rumahtangga yang terjadi dalam hidupnya tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit dan berjaya dalam perniagaan yang diceburinya. Petugas sendiri berasa sangat bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu seorang ibu tunggal bagi melebarkan sayap perniagaannya.