mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q4 (i) 2018

LATAR BELAKANG

Puan Nur Fitriah merupakan seorang kerani. Namun begitu, akibat kos hidup yang semakin meningkat hasil pendapatan nya sebagai kerani sahaja tidak mencukupi menyebabkannya ingin mencari pendapatan sampingan dengan berniaga. Setelah beliau membaca dan mengkaji tahap risiko yang perlu dihadapi, beliau memilih untuk bermula sebagai dropship yang tidak memerlukan modal yang besar dan tahap risiko yang rendah.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Sebelum penggunaan ict dan penglibatan PI, beliau menjalankan perniagaan nya melalui kenalan dan penduduk kampung setempat sahaja. Beliau juga tidak tahu cara untuk mempromosikan produknya menggunakan media sosial seperti instagram dan facebook. Saban hari pendapatan hasil bisnes nya kian berkurang kerana prospek jualan nya hanya pada orang yang sama setiap bulan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI

Setelah beliau mengetahui bahawa PI ada mengadakan kelas bagi usahawan, beliau terus mendaftarkan diri menjadi ahli dan telah mengikuti langkah-langkah yang disarankan oleh petugas PI seperti mengikuti setiap kelas yang dianjurkan bagi membantu memajukan bisnes beliau. Kelas pertama yang beliau hadiri ialah seperti kelas komputer dan kelas microsoft office words. Kelas ini sangat penting bagi setiap usahawan supaya mereka tahu asas-asa penggunaan komputer dan tidak kekok menggunakannya. Setelah beliau sudah pandai menggunakan komputer, beliau diajar cara untuk mendaftar dan memasukkan produk nya ke dalam aplikasi dashboard myshop. Ini merupakan peluang terbaik untuk nya kerana melalui platfom ini, produk nya bukan sahaja boleh diakses oleh komuniti setempat bahkan seluruh Malaysia. Hasil daripada kelas dan bimbingan yang diberikan, Puan Nur Fitriah telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi keluarganya.