LATAR BELAKANG
Khadijah Hanafiah merupakan seorang pelajar lepasan diploma yang masih menunggu peluang pekerjaan daripada mana-mana syarikat. Oleh itu, sementara menanti pekerjaan yang berpendapatan tetap, beliau memulakan perniagaan bagi mencari wang belanja harian. Disebabkan beliau minat dalam dunia kecantikan, beliau telah memilih untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik sebagai dropship kerana tidak memerlukan modal yang besar yang risiko yang minimum.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau menjalankan perniagaan nya sebagai dropship kosmetik, beliau hanya memasarkan melalui kenalan terdekat dan melalui orang perseorangan sahaja. Beliau mempromosikan produknya hanya menggunakan medium ‘offline’ kerana kurang keyakinan dan dan tidak biasa menggunakan media sosial sebagai medium perniagaan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Setelah beliau mengetahui bahawa PI ada menawarkan kelas untuk usahawan , beliau telah mendaftar menjadi ahli dan mengikuti saranan oleh petugas. Beliau seorang yang sangat produktif dalam setiap kelas yang dihadirinya. Setelah selesai beliau mengikuti kelas yang di tetapkan seperti kelas komputer dan media sosial, beliau telah memulakan langkah dengan mempromosikan produk beliau di Dashboard, whatsapp group dan facebook. Beliau juga didedahkan dengan pemasaran atas talian samaada yang tidak berbayar atau berbayar seperti ‘facebook ads’, namun petugas lebih menekankan supaya usahawan menggunakan pemasaran secara percuma seperti membuat instagram @ facebook live kerana mempunyai ‘engagement’ yang lebih baik. Beliau juga didedahkan sekiranya perniagaan nya telah berkembang supaya membuka akaun bank semasa untuk mencantikkan porfolio perniagaan nya.