TUJUAN:
Mengajar peserta cara membuat resume yang disukai bakal majikan.
.
ANTARA AKTIVITI YANG DILAKUKAN:
Peserta pada kali ini adalah seorang ibu tunggal muda yang telah kematian suami akibat kemalangan dan mempunyai seorang anak. Oleh itu, beliau ingin belajar cara membuat resume yang betul untuk memohon pekerjaan bagi menyara kehidupannya. Petugas telah mengajar beliau asas penggunaan microsoft word dan cara penulisan resume yang efektif.