mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2018 1 – TEMUDUGA TERBUKA JABIL CIRCUIT SDN. BHD

TUJUAN:

Tujuan utama program ini dijalankan bagi mengadakan sesi temuduga terbuka oleh Syarikat Jabil Circuit Sdn. Bhd dengan kerjasama JobsMalaysia Negeri Kedah untuk pengambilan pekerja sebagai operator pengeluaran di syarikat tersebut.

.

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi penerangan syarat-syarat dan manfaat kelebihan yang bakal diperoleh oleh mereka bakal pekerja sekiranya dipilih dan diterima bekerja di syarikat Jabil tersebut. Para peserta juga diberi borang malumat diri dan akademik untuk diisi sebelum sesi temuduga berjalan. Wakil daripada syarikat Jabil yang datang adalah seramai 4 orang. Bagi peserta yang terpilih mereka akan mula bekerja segera di kilang yang terletak di Bayan Lepas Pulau Pinang sebagai operator pengeluaran.

GAMBAR DISINI