TUJUAN:
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kefahaman peserta kelas microsoft office word yang lepas.
.
ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1) ‘Refresh’ semula kelas pembelajaran yang lepas
2) Sesi praktikal penggunaan fungsi-fungsi microsoft word secara menyeluruh
3) Penerangan kepentingan microsoft word kepada pelajar
4) Typing challenge
5) Sesi soal jawab antara peserta
.
RUMUSAN PROGRAM:
Kelas pada kali ini adalah untuk ‘refresh’ semula ilmu kelas yang lalu. Seramai 4 orang peserta yang hadir dan semuanya adalah pelajar sekolah rendah. Mereka di ajar penggunaan simbol-simbol, fungsi-fungsi dan manfaat microsoft word secara menyeluruh. Kelas yang dijalankan hampir 3 jam ini diharap dapat membantu meningkatkan ilmu dan menarik minat para peserta untuk lebih celik IT.