mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI – PROGRAM MINI KEUSAHAWANAN PEDI KG SUNGAI KOROK

Tarikh       : 29 Feb 2024

Masa         : 9.00 am – 1.00 pm

Lokasi      : PEDi Kg Sungai Korok

Peserta     : 35 Orang

Tujuan

  1. Tujuan mini program keusahawanan diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti yang berminat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau usahawan baru untuk mempelajari kemahiran asas yang diperlukan dalam memulakan dan mengendalikan perniagaan.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

1.Pendidikan Asas Keusahawanan: Mini program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman asas tentang keusahawanan kepada peserta, termasuk konsep perniagaan,pengurusan kewangan, pemasaran, dan pengurusan stok.

2.Pembelajaran Platform: Dalam konteks kelas asas Shopee dan TikTok, peserta akan mempelajari cara menggunakan platform-platform ini sebagai alat untuk menjalankan perniagaan, termasuk pemasaran produk, menjual produk, dan menguruskan transaksi.

3.Pemupukan Kreativiti: Melalui kelas demo masakan, peserta dapat belajar bagaimana menggunakan kreativiti dalam menyediakan produk makanan yang unik dan menarik untuk dijual, serta strategi pemasaran yang berkesan.

Gambar Disini