Tarikh : 11 Julai 2024
Masa : 9:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari Lokasi : SMK Tokai Peserta : 50 Orang |
Tujuan
Program KDB ini diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.Di samping itu, terdapat juga matlamat lain yang ingin dicapai oleh SKMM dalam kempen ini, iaitu seperti berikut:
- -Menghasilkan pengguna yang celik teknologi dan kandungan media baharu.
- -Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet untuk sentiasa beretika dan dan juga menghormati kepentingan pengguna lain.
- -Mendidik pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
- -Mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk pengguna internet.
- -Menekankan pelbagai prinsip Rukun Negara yang merangkumi semua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
Aktiviti
Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
1) Keselamatan – Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
2) Kewaspadaan – Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
3) Tanggungjawab – Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.