mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC: BAZAR RAYA NADI KAMPUNG SUNGAI KOROK

Tarikh: 14 Mac 2026
Masa: 8.00 – 5.00 Petang
Lokasi: NADI Kampung Sungai Korok
Peserta : 50 orang

Tujuan

Tujuan kelas ini menyokong usahawan tempatan dengan memberi peluang kepada penduduk kampung mempromosikan dan menjual produk mereka seperti makanan, minuman, kuih raya dan barangan perayaan.

Aktiviti

Aktiviti– aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-

  • Gerai jualan usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk seperti makanan dan minuman, kuih raya, pakaian raya serta barangan perayaan.

  • Promosi produk tempatan oleh usahawan bagi memperkenalkan hasil jualan kepada komuniti setempat.

  • Pertandingan mewarna kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya bagi menarik penyertaan keluarga dan kanak-kanak.

  • Aktiviti komuniti dan interaksi masyarakat yang mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk.

  • Hebahan dan perkongsian maklumat perkhidmatan NADI kepada pengunjung mengenai program dan kemudahan yang disediakan.

  • Sesi fotografi dan rakaman aktiviti sebagai dokumentasi program serta perkongsian di media sosial.

Gambar Disini