Tarikh : 5 November 2023 Masa : 9.00 am – 4.00 pm Lokasi : SK Ayer Puteh Peserta : 100 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu ibu bapa dalam membuka atau mengemaskini di sistem IDME.
Aktiviti
-
Petugas membantu ibu bapa untuk mengemaskini maklumat murid di sistem IDME.Sistem ini menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam. Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke idMe secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.