mcmc
Maklumat NADI

MAKLUMAT MENGENAI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG SG.KOROK

Picture1.jpg

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sungai Korok mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman Portal Komuniti kami.NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberifokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional ini diwujudkan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti dikawasan luar bandar. Dengan tubuhnya Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kg Sungai Korok ini,komuniti setempat haruslah menggunakannya dengan lebih manfaat dan lebih celik It dimasa akan datang, malah dapat merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

1.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.

4.Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

1.Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

2.Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar

3.Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian.

4.Perkhidmatan pencetak, Laminate, Binding dan Scan

5.Pinjaman Netbook selama sebulan

6.Program latihan ICT , E- pembelajaran dan pembangunan modal insan

  • 7.Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

 

JUMLAH KEAHLIAN :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sungai Korok telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 1 Disember 2009 dan ramai telah mendaftar diri di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Sungai Korok bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

  

Jumlah Ahli Keseluruhan 2024   1316 Orang

 

 

PETUGAS YANG BERTUGAS DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG SUNGAI KOROK:

 Picture1.jpg

Pengurus

 

Nama : Noor Fadzilah Binti Yawala

Mula Berkhidmat : 3 Ogos 2020

 

Penolong Pengurus

Nama : Zatun Najahah Binti Salleh

Mula Berkihdmat : 3 April 2014

 

No Tel : 014-7337562 / 010-3878184

EMAIL : am.padangkerbau@gmail.com

PORTAL : http://sgkorok.pjk.com.my/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/padang.kerbau.50/

ALAMAT :Dewan Komputer Kg Sg.Korok,Mukim Padang Kerbau,06700 Pendang Kedah.