Program jejak digital merupakan satu inisiatif yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama daripada pihak MSD bagi memperkenalkan kepada masyarakat setempat mengenai ‘DASHBOARD DAN KLIK DENGAN BIJAK atau KDB’. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Pekan Sik pada 23 – 24 Februari 2016.