mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA DAN SK CHARUK KUDUNG

Pusat Internet 1 Malaysia Cluster Pendang dengan kerjasama Perpustakaan Desa dan Sek Keb Charuk Kudung 

telah mengadakan ‘Program Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Lepasan UPSR’. Program ini melibatkan staf

Perpustakaan Desa dan wakil guru daripada SK Charuk Kudung. Tentatif program adalah seperti berikut:

                   

                     TARIKH: 04 OKTOBER 2016

                     MASA: 11:00 am – 01:00 pm

 

Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR tentang segala aktiviti 

yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia supaya mereka tidak membuang masa melakukan aktiviti yang

tidak berfaedah. Pelajar juga turut didedahkan dengan ‘program klik dengan bijak’ dimana para pelajar didedahkan

dengan kebaikan dan keburukan media sosial supaya mereka lebih bijak menggunakan kemudahan internet.