Assalamualaikum..
.
.
PERHATIAN!!!
Untuk makluman semua komuniti kampung Sg.Korok dan sekitarnya, satu Program Literasi ICT dan Dashboard Komuniti 2017 akan diadakan pada hari Sabtu 12 Ogos 2017 yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Sg.Korok.
.
.
Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan. Oleh itu, semua dijemput hadir pada Program tersebut yang akan dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
.
.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada kemudahan aplikasi Dashboard yang mempunyai beberapa kategori seperti my shop, my komuniti, my health, my soal, my skool dan my place. Kemudahan aplikasi ini adalah untuk membantu para penduduk terutamanya usahawan bagi menjana dan mempromosikan produk masing-masing secara atas talian melalui aplikasi my shop.
.
.
Antara Aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan ialah:
– Jualan produk usahawan
-Pemeriksaan tekanan darah PERCUMA
-Kelas Asas pengenalan Video
-Taklimat Klik Dengan Bijak (Online Grooming)
-Taklimat Dashboard
-Sesi muat turun aplikasi dashboard
-Cabutan Bertuah
*Hadiah misteri juga menanti orang ramai yang mendaftar sebagai ahli PI1M pada hari tersebut.
.
.
Oleh itu, semua dijemput hadir bagi menjayakan dan memeriahkan lagi program ini. Jumpa nanti ya