USAHAWAN KEK COKLAT , MASHMALLOW DAN BISKUT RAYA
Nama : Siti Asmah Binti Tahir Umur : 42 Tahun Ahli : 2020 |
Latar belakang
Puan Asmah menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual produk bakeri. Beliau merupakan seorang suri rumah yang baru memulakan perniagaan dalam bidang bakeri bagi membantu menambah pendapatn keluarga. Beliau menggunakan rangkaian media sosial bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran produk perniagaan beliau seperti Facebook, dan WhatsApp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Puan Asmah hanya menggunakan platform Facebook, dan WhatsApp untuk mengiklankan perniagaan beliau. Beliau hanya mempelajari sendiri kaedah pemasaran tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila beliau mengetahui NADI Kampung Sungai Korok menawarkan kursus pemasaran atas talian, beliau segera datang ke NADI untuk menyertai aktiviti keusahawanan. Setelah beliau melibatkan diri dengan program-program dan aktivitiaktiviti di NADI, beliau menjadikan NADI sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan serta menjadikan NADI sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan dan aktiviti perniagaan e-dagang. Kini beliau aktif dalam perniagaan e-dagang melalui platform Shopee yang mana beliau telah mempelajari asas perniagaan Shopee di NADI Kampung Sungai Korok. Beliau juga menjadikan NADI sebagai satu rakan kerjasama dalam bidang pembangunan keusahawanan yang mana NADI banyak menyalurkan maklumat kepada komuniti setempat.