CELIK ICT – MUHAMMAD ADAM AIDIL BIN NOR RIDZUAN NIZAM
Nama : Muhammad Adam Aidil Bin Nor Ridzuan Nizam Umur : 16 Tahun Ahli : 2022 |
Latar belakang
Muhammad Adam Aidil Bin Nor Ridzuan Nizam merupakan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang Kedah dan beliau ingin memahirkan diri di dalam penggunaan komputer. Beliau telah berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan petugas telah mengesyorkan kepadanya untuk mengikuti kelas dan latihan yang dianjurkan oleh NADI. Beliau telah mengikuti kelas dan latihan yang dapat membantu beliau memahirkan diri di dalam bidang komputer. Kelas pertama yang diikuti oleh Adam ialah Kelas Asas Komputer dan Internet. Setelah mengikuti kelas ini beliau juga telah diajar cara untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti Google. Selepas itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada beliau mengenai E-Pembelajaran.
Adam meneruskan lagi untuk mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh NADI seperti kelas Microsoft Office Word dan PowerPoint. Di dalam kelas ini beliau telah mempelajari cara membuat dokumen, cara memasukkan gambar ke dalam dokumen, menggunakan jadual dan carta serta fungsi-fungsi lain yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Office Word. Untuk Microsoft Office PowerPoint pula beliau mempelajari cara-cara untuk membuat slide persembahan untuk pembentangan. Adam merasa terus bersemangat untuk belajar komputer kerana beliau dengan mudah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru apabila mahir menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti Kelas Asas Komputer, Kelas E-Pembelajaran, Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point, beliau tidak mahir mengenai komputer dan beliau perlu memahirkan diri dengan semua aplikasi-aplikasi yang ada di dalam komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti kelas komputer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, PowerPoint, dan laman web E-pembelajaran.