mcmc
Sejarah

SEJARAH PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG SG.KOROK

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang tersergam indah ini terletak  di Kampung Sungai Korok kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kubur Panjang, bersebelahan dengan Klinik Desa Kampung sungai Korok.NADI ini merupakan fasa – 2. Antara kemudahan yang disediakan di NADI ini ialah 20 buah komputer dimana 10 buah dikhususkan untuk latihan komputer dan 10 lagi disediakan untuk kemudahan penduduk setempat melayari internet dan melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan komputer.

Sebuah bilik latihan disediakan untuk aktiviti pembelajaran komputer yang akan diseliakan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital.NADI ini telah diwujudkan diseluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.Sebagai persediaan kearah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan dimana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat itu merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia,  kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Dimasa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut: e-perkhidmatan kerajaan(e-government), e-pembelajaran(e-Learning), pengumpulan dan pertukaran maklumat,  pusat komunikasi, pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian, dan pusat peperiksaan dan persijilan.Di kawasan NADI ini terdapat juga pelbagai kemudahan dan infrastruktur antaranya bekalan air dan elektrik, jalan raya, perkhidmatan pengangkutan awam, masjid, sekolah-sekolah, klinik desa, balai polis, kedai-kedai runcit dan sebagainya.

 

Permandangan Hadapan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sg.Korok

photo 6235604739660297634 y

Kaunter Pendaftaran / Pertanyaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sg.Korok

 

Antara Kemudahan Komputer Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sg.Korok

Kemudahan Bilik Latihan Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Sungai Korok